Explore  the amazing environs of a reputed lost city
SEJARAH KAMPUNG Kampung Baru PPSK Salong merupakan sebuah penyusunan semula kampung yang terulung di Negeri Pahang yang dilaksanakan mengikut hala cara baru di mana tumpuan utama menjana sektor pertanian komersial dan industri kecil-kecilan. Perumahannya telah dibina secara tersusun dan penduduk yang terpilih menduduki rumah adalah dari 11 kampung tradisional berhampiran serta menjadi peserta FELCRA Berhad. Kampung ini mempunyai keluasan 576 hektar dan kepadatan penduduk seramai 552 orang.


MAKLUMAT PROJEK

Projek Permuafakatan Ternakan Lembu ini dilaksanakan secara pelaburan saham sebanyak RM 3000.00 setiap 1 lot saham oleh penduduk kampung dengan bersandarkan kepada kepercayaan semata-mata dalam projek ternakan lembu. Ianya dilaksanakan dalam 2 kaedah iaitu Ternakan Fidlot dan Ternakan Integrasi.


OBJEKTIF PROJEK

• Menjadikan satu ‘Industri Hiliran’ di mana dapat memberi sumber

pendapatan tambahan dari Agihan Dividen Tahunan kepada penduduk

seterusnya meningkatkan taraf ekonomi;

• Mencetuskan ‘Wawasan’ kepada penduduk untuk menjadikan ia sebagai

Projek Pemuafakatan Ternakan Lembu yang berjaya,komersial dan

dilaksanakan secara besar-besaran;

• Membuktikan secara umum bahawa projek ternakan lembu secara ‘Fidlot’ dan ‘Integrasi’ sangat berpotensi dan viable untuk dilaksanakan;

• Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung; dan

• Untuk mengusahakan Rezab Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Haiwan seluas 640 ekar.


PENCAPAIAN

• Semua ahli telah menerima dividen sebanyak RM 500 yang dibayar dalam bentuk penambahan pelaburan yang kini telah meningkat menjadi RM 3500 setiap seorang.

• Projek Pemuafakatan Ternakan Lembu ini merupakan projek yang dijalankan menggunakan dana/peruntukan 100% saham ahli-ahlinya yang terdiri dari pada kaum bumiputera. Ini membuktikan bahawa kejayaan juga boleh

dicapai oleh penduduk kampung.

• Memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan bekalan lembu

dengan harga yang lebih murah dan berhampiran dengan penempatan.

• Membuka peluang pekerjaan serta mendedahkan penduduk mengenai prospek perniagaan dan pelaburan saham.

• Menjadi salah satu produk Homestay di mana peserta-peserta akan dibawa melawat ke tapak projek.

• Projek Pemuafakatan Ternakan Lembu ini telah menjadi rujukan oleh pelawat dari pelbagai pihak seperti kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

• Mewujudkan semangat kekitaan dan merapatkan hubungan antara peserta- peserta semasa mesyuarat dan perjumpaan –perjumpaan yang diadakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...