| Satu majlis penyerahan kunci Komuniti Perumahan Kampung Baru Salong, Pekan, Pahang Darul Makmur disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Majlis berlansung pada:
4 September 2010 (Sabtu) masa 4.00 petang tempat Dewan Mempelas Kg Baru Salong, Pekan.
4.00 petang, peserta Komuniti Perumahan mengambil tempat.
4.30 petang, ketibaan Dif-Dif Jemputan.
5.00 petang, ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Bacaan Doa oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Mohd Jais, Timbalan Qadhi Daerah Pekan. Diikuti Ucapan Aluan oleh YB. Dato' Abu Bakar bin Haji Harun.
Selepas itu, Ucapan Perasmian oleh YAB PM Dato' Sri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Penyampaian Cenderahati kepada penyumbang-penyumbang. Kemudian penyerahan kunci rumah kepada 50 peserta Komuniti Perumahan Kampung Baru Salong, Chini.
Seterusnya penyampaian bantuan cermin mata kepada 100 orang warga emas DUN Chini, Pekan. Dan acara kemuncak lawatan ke kawasan Komuniti Perumahan.
Ada 50 buah rumah "bungalow" lengkap dengan perabotnya sekali. Cantik design rumah untuk golongan miskin tegar ini. Keluasan rumah 1000m2.
DS Najib berkata Komuniti Perumahan sedemikian telah dan akan dibina sebanyak lebih 200 buah rumah di seluruh parlimen Pekan untuk golongan miskin tegar berpendapatan RM1000 ke bawah. DS Najib berharap bila kerajaan bagi rumah ini rakyat akan ingat jasa kerajaan.
Dato' Ishak Muhammad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan merangkap ADUN Bebar memalumkan Konsep Komuniti ini adalah sumbangan zakat dari sektor korporat swasta yang diletakkan dalam satu dana di bawah PM.
Komuniti Perumahan Kg Baru Salong ada 50 buah rumah. Sebuah rumah dan perabot kosnya lebih kurang RM55,000.
Ada kira-kira 50 x RM55,000 = RM2.75 juta.
DS Najib mahu bina 200 buah maka 200 x RM55,000 = RM11 juta.
Difahamkan penyumbang zakat asnaf Komuniti Perumahan Kg Baru Salong dari DS Zaki AZRB kontraktor yang buat Projek Jalan Kuantan Pekan yang nilai projeknya RM450 juta.
Difahamkan juga bahawa rumah Komuniti Perumahan ini tidak dibagi hak milik kepada peserta cuma boleh duduk dan hanya bayar bil elektrik dan air sendiri. Jika peserta meninggal dunia, yang tinggal bersama peserta boleh memohon rumah ini. Majlis Agama Islam Pahang diamanahkan untuk menemuduga peserta.
DS Najib turut berbuka puasa bersama penduduk Kampong Salong dengan kehadiran penduduk lebih kurang 800 orang. Selepas itu DS Najib berterawih di Paloh Hinai. . |